Friday, February 25, 2011

this is it

this is just the experimental, so the real movie will coming out soon. saksikan di channel 763 di astro kamu..........................START TAHUN 2013 HAHAHAHAHA.

like, comment and subscribe okay?

Tuesday, February 22, 2011

aku ala satu celita~

aku ada cerita nak share kat korang, kisah ni kisah benar kot. tu la nak share, terserah lah samada benar ke tak.

ada seorang lelaki ni, dalam pukul 1 pagi tu dia ada hajat nak pergi rumah kawan dia. nak dijadikan cerita, dia pun terus lah pergi kerumah kawan dia dalam pukul 1 pagi tu.

dengan keadaan hujan lebat, sambil dengar lagu rock yang dipasang dalam kereta dia pun dengan sempoi nye meneruskan perjalanan nya ke rumah kawannya itu.

dalam perjalanan si budak lelaki ni, dia rasa hujan semakin teduh, dan terus dia membuka jendela tingkap kereta nya, kerana terlampau sejuk, tidak sanggup rasanya dia untuk membuka aircond kereta itu.

dalam beberapa minit kemudian si lelaki tersebut terhidu bau wangi yang tak pernah dicium nya, tertanya tanya jugak di dalam hatinya, kenapa tiba tiba ada bau wangi ni? tapi bau itu dibiar kan saja oleh lelaki itu. sampai di satu selekoh yang kurang tajam tayar kereta lelaki itu tiba tiba terpusing dan berlaku nya satu kemalangan. fuhh rupanya rupanya keretanya terbabas dekat dengan kawasan kubur.

satu jer nak tanya? korang percaya hantu tak? aku tak percaya, tapi apa yang bapak aku pesan kalau jalan malam, jangan sorang, dan selalu lah baca ayat ayat yang patut dan berdoa lah. see ya~ selamat beramal.

Saturday, February 12, 2011

kemalangan jalan raya yang mengerikan.

okay 11hb februari 2011 satu lagi benda buruk berlaku kat aku.
aku kemalangan jalan raya, kereta habis hancur, nasib aku okay, kaki luka and pinggang aku jer macam patah, sakit sakit lah.

kejadian berlaku masa aku drive kereta tersebut di dalam hujan lebat, aku bawa dalam 60km sejam jer, tak lah laju sangat, tapi aku tak tahu kenapa masa selekoh tu tayar aku tiba tiba memusing sendiri, mungkin jalan licin kot. sekarang kereta sudah hancur. nasib aku tak hancur.

malang nya family aku semua nya care kat kereta aku, diorang tak tahu pun aku sakit. aku tak kisah kena marah, memang patut kena marah pun, tapi aku sakit giler ni. takde siapa yang kisah. oh tuhan. aku redha. okay lah thats all. doakan aku eh? sebab aku bukan orang brunei. yang paling menyedih kan, sikit lagi aku nak masuk penjara, huhu, nasib nasib. sebab aku bukan orang brunei, sebab itulah polis kata aku dalam case merosakkan harta benda kerajaan, sebab aku langgar signboard. huhuhuu, nasib dah kena ikat jamin. woahhhhhhhhhhhhh. nak nangis aku!

kata polis tu, selagi aku punya case tak habis, tiap bulan mesti bayar 500 dollar untuk ikat jamin. AKU NE MEMANG ANAK YANG MENYUSAH KAN!

Sunday, February 6, 2011

sad


yeh, ini lah kehidupan, tahun 2011. tahun yang baru, tahun yang aku anggap akan memberikan aku cahaya, yang akan memberikan aku kebahagiaan. tapi, semua tu aku rasa macam tak akan berlaku, banyak sangat benda buruk berlaku kat aku, aku gagal dalam semuanya, semua!

aku gagal untuk bahagia kan parents aku!
aku gagal dalam peperiksaan!
aku gagal semua!

korang mesti akan cakap, syadi jangan putus asa, banyak lagi masa, AKU DAH PENAT LAH DENGAR AYAT AYAT TU! aku bukan nak sombong, tapi dah setahun aku cuti, aku tak buat apa, macamana dengan masa depan aku nanti?

aku tak nampak lah masa depan aku cerah! aku nak mak bapak aku bahagia tengok aku, aku nak diorang bangga dapat anak macam aku, tapi apa yang aku buat?! semua nya macam aku menyusah kan mereka jer.

aku dah betul betul confused dengan kehidupan aku sekarang, aku yang dulu nya tiap tiap tahun pelajar cemerlang, sekarang dah jadi penganggur yang kurang berjaya, CUBA TENGOK SEMUA KAWAN KAWAN AKU yang dulu kat bawah aku, sekarang semua dapat result cemerlang! tahniah korang. aku bangga dengan korang.

aku rasa cemburu pun ada, tapi tak bermakna aku nak buat jahat, aku cemburu dengan diorang, sebab diorang dapat mengukir satu senyuman untuk parents diorang yang mungkin aku tak boleh buat.

kadang kadang aku terpikir jugak, bila lah aku dapat buat parents bangga dengan aku? kenapa aku tak boleh? kenapa aku susah kan mereka?

lepas aku dapat result, aku tak tahu aku nak buat apa. adakah aku dilahirkan di dunia ini sebgai orang yang gagal? aku sayang kehidupan aku, aku sayang diri aku, tapi aku dah betul betul buntu.

hanya doa korang jer yang dapat tolong aku, tolong lah.