aku ada cerita nak share kat korang, kisah ni kisah benar kot. tu la nak share, terserah lah samada benar ke tak.
ada seorang lelaki ni, dalam pukul 1 pagi tu dia ada hajat nak pergi rumah kawan dia. nak dijadikan cerita, dia pun terus lah pergi kerumah kawan dia dalam pukul 1 pagi tu.
dengan keadaan hujan lebat, sambil dengar lagu rock yang dipasang dalam kereta dia pun dengan sempoi nye meneruskan perjalanan nya ke rumah kawannya itu.
dalam perjalanan si budak lelaki ni, dia rasa hujan semakin teduh, dan terus dia membuka jendela tingkap kereta nya, kerana terlampau sejuk, tidak sanggup rasanya dia untuk membuka aircond kereta itu.
dalam beberapa minit kemudian si lelaki tersebut terhidu bau wangi yang tak pernah dicium nya, tertanya tanya jugak di dalam hatinya, kenapa tiba tiba ada bau wangi ni? tapi bau itu dibiar kan saja oleh lelaki itu. sampai di satu selekoh yang kurang tajam tayar kereta lelaki itu tiba tiba terpusing dan berlaku nya satu kemalangan. fuhh rupanya rupanya keretanya terbabas dekat dengan kawasan kubur.
satu jer nak tanya? korang percaya hantu tak? aku tak percaya, tapi apa yang bapak aku pesan kalau jalan malam, jangan sorang, dan selalu lah baca ayat ayat yang patut dan berdoa lah. see ya~ selamat beramal.
No comments:
Post a Comment