Friday, July 10, 2009

sedikt tips.sikit jer tau.

CINTA.
SELAMAT PAGI/SIANG/MALAM SEMUA,SAYA ADA SEDIKIT TIPS,
SAYA NE TAK LA SEMPURNA SANGAT,
TAPI SELAGI SAYA BERDAYA DAN MAMPU,
APA KATA SAYA BAGI JER LA UTK FOLLOWER-FOLLOWER SAYA KAN?
TAK SALAH KAN?
OK NE ADA 9 TIPS MACAM MANE AWEK KITA TAK TINGGAL KAN KITA,


1. Jangan sesekali mungkiri janji anda

2. Sentiasa jujur kepada Si Dia kerana wanita benci apabila ditipu (tapi ada ke lelaki yang tak pernah menipu ;) ?

3. Memberitahu kepada Si Dia tentang sesuatu perkara dengan tepat ( sama cam tidak menipu)

4. Apabila Si Dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa mengembirakannya

5. Jika anda jujur Si Dia akan setia kepada anda

6. Apabila ingin mengatakan sesuatu romantik bersemuka dengan Si Dia adalah lebih baik dari anda meluahkan melalui telefon.

7. Apabila anda ingin mengucapkan kata ” I love U ” lihat pada matanya.

8. Jangan terlalu mengongkong Si Dia kerana Dia juga inginkan kebebasan.

9. Jangan curang kepada girlfriend anda

melayu.


ini kisah lama dah berlaku,
saja ja nak bgtau melayu sekarang makin layu,
minta maaf la banyak2,
aku pun melayu juga,
tapi kes ne dah rasa mcm lain jer.



Setiap tahun kita akan dengar berita mengenai pelajar dipukul oleh rakan-rakan ada yang meninggal dan ada yang hanya mengalami kecederaan.

Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, dikata dipukul oleh sekumpulan remaja yang juga pelajar kerana perebutan teman wanita.

Amat menyedihkan kes berebut teman wanita dah sampai boleh jadi kes bunuh membunuh.

Semoga perbuatan keji ini dibalas dengan hukuman yang setimpal kepada pesalah jangan diamkan diri sahaja.

Sunday, July 5, 2009

kesunyianku

abang amin,kerol,kaklong dah pulang ke negeri masing2,
sekarang aku kembali ke hidup biasa,
aku kembali sunyi,
yaAllah walaupun pertemuan kami sekeluarga hanya sekejap
aku tetap bersyukur,kerana pertemuan kali ini amat berharga bagi ku,
honestly ni la first time aku ngan kluarga aku berkumpul,
senang cerita aku baru dapat berkumpul complete dengan adik beradik aku,
aku happy tengok mama ngan abah sentiasa senyum sepanjang seminggu mereka di sini,melihat telatah anak anak nya,tapi hari ni,kami semua dah berpisah kembali walaupun hanya sementara airmata aku tak boleh jugak aku tahan,
aku begitu sebak bila abang2 ngan kakak aku peluk aku,
aku tak pernah rasa kasih sayang abang ngan kakak yang begitu lama,
aku sunyiiii,
4 tahun akan datang ataupun 6 tahun akan datang or maybe 10 tahun akan datang baru la kami akan berkumpul semula,
aku hanya mampu berdoa untuk kejayaan abang amin ngan kerol,
kaklong pulak jagan diri elok2,walaupun kita selalu gadoh,syadi tetap sayang kaklong,
aku tak mampu la nak tahan air mata ne,
bila balik rumah aku tengok katil,bilik,game,laptop semua barang aku teringat adik beradik aku balik.
aku sunyi!

hari ke 5 adik beradik ku disini.

ok i nak cerita apa yang terjadi hari ne.
hari ne boleh dikatakan last day adik beradik aku kat sini,
pastu nak jumpa 10 tahun lagi,
aduh memang perghhhh la.
bsok tepat jer 8.15 pm semua adik beradik aku akan berangkat ke negeri masing-masing la.
5 hari bersama mereka aku rasa bahagia sangat,
andai dapat diundurkan balik putaran dunia,
aku nak sangat berkumpul semula dengan adik beradi aku,
tapi semua nya normal la,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
hidup aku mesti sunyii balik lepas ne,
hari ne pagi2 breakfast kat aneka rasa,
then duduk rumah jer sebab my kakak's friends datang rumah,
hahaha berterabur english ahahaha.
tapi chill jer la.malam pergi gadong abang aku beli handphone baru,
then kitorang pergi pantai jerudong,nnti aku upload gambar la.okay.

Saturday, July 4, 2009

hari ke 4 adik beradik ku disini.

tadi ada doa selamat untuk abang aku,
MOHD.AMIRUL AMIN BIN MOHD NOOR
kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di MESIR.
arab la..!
tahniah.
dan juga untuk kakak aku,
SITI NORAZIELA AINI BINTI MOHD.NOOR
kerana sedang mengandung ntah berapa bulan,
tahniah juga.


ada gaya bakal bapa yang penyayang!








abang aku yang gila sengal!tapi cool!orang sibuk2 doa selamat,dia pergi melantak LAPTOP.

Thursday, July 2, 2009

hari ke 3 adik beradik ku disini.

kami makan ambuyat tadi,
haha.
agak pelik la.
itu kata abang ku.












aku harap masa mcm ne akan berulang kembali,
tapi sayang hari ahad ne semua balik,
huhu.

Wednesday, July 1, 2009

malam family gathering!














pergh aku happy dapat kumpul balik ngan family aku adik beradik aku,
gila aku rasa bahagia sangat,
tapi kebahagiaan ne sekejap jer,
5th july dorang berangkat balik ke negeri masing2,shiut you!
tadi bbq kat rumah uncle mail,tak meriah sangat la,
tapi ok la perut aku mcm nak pecah you!