Friday, February 25, 2011
this is it
like, comment and subscribe okay?
Tuesday, February 22, 2011
aku ala satu celita~
ada seorang lelaki ni, dalam pukul 1 pagi tu dia ada hajat nak pergi rumah kawan dia. nak dijadikan cerita, dia pun terus lah pergi kerumah kawan dia dalam pukul 1 pagi tu.
dengan keadaan hujan lebat, sambil dengar lagu rock yang dipasang dalam kereta dia pun dengan sempoi nye meneruskan perjalanan nya ke rumah kawannya itu.
dalam perjalanan si budak lelaki ni, dia rasa hujan semakin teduh, dan terus dia membuka jendela tingkap kereta nya, kerana terlampau sejuk, tidak sanggup rasanya dia untuk membuka aircond kereta itu.
dalam beberapa minit kemudian si lelaki tersebut terhidu bau wangi yang tak pernah dicium nya, tertanya tanya jugak di dalam hatinya, kenapa tiba tiba ada bau wangi ni? tapi bau itu dibiar kan saja oleh lelaki itu. sampai di satu selekoh yang kurang tajam tayar kereta lelaki itu tiba tiba terpusing dan berlaku nya satu kemalangan. fuhh rupanya rupanya keretanya terbabas dekat dengan kawasan kubur.
satu jer nak tanya? korang percaya hantu tak? aku tak percaya, tapi apa yang bapak aku pesan kalau jalan malam, jangan sorang, dan selalu lah baca ayat ayat yang patut dan berdoa lah. see ya~ selamat beramal.
Tuesday, February 15, 2011
youtube-er
http://www.youtube.com/user/syadpoyo?feature=mhum#p/u/3/mOB9hPGKMwQ
Saturday, February 12, 2011
kemalangan jalan raya yang mengerikan.
aku kemalangan jalan raya, kereta habis hancur, nasib aku okay, kaki luka and pinggang aku jer macam patah, sakit sakit lah.
kejadian berlaku masa aku drive kereta tersebut di dalam hujan lebat, aku bawa dalam 60km sejam jer, tak lah laju sangat, tapi aku tak tahu kenapa masa selekoh tu tayar aku tiba tiba memusing sendiri, mungkin jalan licin kot. sekarang kereta sudah hancur. nasib aku tak hancur.
malang nya family aku semua nya care kat kereta aku, diorang tak tahu pun aku sakit. aku tak kisah kena marah, memang patut kena marah pun, tapi aku sakit giler ni. takde siapa yang kisah. oh tuhan. aku redha. okay lah thats all. doakan aku eh? sebab aku bukan orang brunei. yang paling menyedih kan, sikit lagi aku nak masuk penjara, huhu, nasib nasib. sebab aku bukan orang brunei, sebab itulah polis kata aku dalam case merosakkan harta benda kerajaan, sebab aku langgar signboard. huhuhuu, nasib dah kena ikat jamin. woahhhhhhhhhhhhh. nak nangis aku!
kata polis tu, selagi aku punya case tak habis, tiap bulan mesti bayar 500 dollar untuk ikat jamin. AKU NE MEMANG ANAK YANG MENYUSAH KAN!
Sunday, February 6, 2011
sad

yeh, ini lah kehidupan, tahun 2011. tahun yang baru, tahun yang aku anggap akan memberikan aku cahaya, yang akan memberikan aku kebahagiaan. tapi, semua tu aku rasa macam tak akan berlaku, banyak sangat benda buruk berlaku kat aku, aku gagal dalam semuanya, semua!
aku gagal untuk bahagia kan parents aku!
aku gagal dalam peperiksaan!
aku gagal semua!
korang mesti akan cakap, syadi jangan putus asa, banyak lagi masa, AKU DAH PENAT LAH DENGAR AYAT AYAT TU! aku bukan nak sombong, tapi dah setahun aku cuti, aku tak buat apa, macamana dengan masa depan aku nanti?
aku tak nampak lah masa depan aku cerah! aku nak mak bapak aku bahagia tengok aku, aku nak diorang bangga dapat anak macam aku, tapi apa yang aku buat?! semua nya macam aku menyusah kan mereka jer.
aku dah betul betul confused dengan kehidupan aku sekarang, aku yang dulu nya tiap tiap tahun pelajar cemerlang, sekarang dah jadi penganggur yang kurang berjaya, CUBA TENGOK SEMUA KAWAN KAWAN AKU yang dulu kat bawah aku, sekarang semua dapat result cemerlang! tahniah korang. aku bangga dengan korang.
aku rasa cemburu pun ada, tapi tak bermakna aku nak buat jahat, aku cemburu dengan diorang, sebab diorang dapat mengukir satu senyuman untuk parents diorang yang mungkin aku tak boleh buat.
kadang kadang aku terpikir jugak, bila lah aku dapat buat parents bangga dengan aku? kenapa aku tak boleh? kenapa aku susah kan mereka?
lepas aku dapat result, aku tak tahu aku nak buat apa. adakah aku dilahirkan di dunia ini sebgai orang yang gagal? aku sayang kehidupan aku, aku sayang diri aku, tapi aku dah betul betul buntu.
hanya doa korang jer yang dapat tolong aku, tolong lah.
Thursday, December 16, 2010
its been a while.
yea me still the same, nothing's up and down, hahaha. yea, i just wanted to update what i did here, yea you know in KL. but then, since this connection getting slower and slower, haha so i just decided to update something different, hahahaha yea still thinking here.
yea guys, blank here, hahaha but still need to update, roaarrrr! my blog is death! hahahaha, ohhh yea, yesterday i had deactivated my facebook for certain reasons, and if you guys wanna talk to me, or maybe wanna tell me something, just catch me on my email ya? mraz@iamsingle.in
and then......
yea less than a month we will leave 2010, we will move to 2011, yea theres many things had happened to me, oh yea, something HELL!!!!!!!!!!!!!!! woaaa hopefully this upcoming year i will have something good!
i just wanna change my attitude this 2011. i wanna be a goodboy.
apa yang aku realised aku ni anak yang menyusahkan parents jer, so 2011 ni, aku akan buktikan yang aku boleh buat mereka bangga ada anak macam aku.
setahun aku menganggur, macam orang giler jer, kesian aku.
hahahahahahaha. apa apa pun, hidup ne sementara jer, so kena enjoy kan, haha hahaha im talking crap here!!!!!!!!!!!
okay thats all, sorry lah eh? berlagak cakap ongputih! dah lama kot aku tak speaking! dulu zaman sekolah tiap tiap hari jugak lah! ni dah jadi penganggur ni cakap bahasa @#$%^& selalu lah~ hahaha okay vai.
Thursday, October 28, 2010
wah selesai.
Sunday, October 3, 2010
Thursday, September 30, 2010
Monday, September 27, 2010
inilah aku apa adanya.
Sunday, September 26, 2010
hari hari ku.






Tuesday, September 21, 2010
well
Sunday, September 19, 2010
kehidupan.

ini lah kehidupan kan? kadang kadang kita kat atas, kadang kadang kita kat bawah, entah lah, aku tak tahu aku berada kat mana sekarang, atas ke bawah, tengah tengah lah kot, herm. aku ne rindu zaman dulu dulu, OLD DAYS. HEHE. ye lah, masalah keluarga takde, masalah diri sendiri takde. gilerr best kot.
aku ne masih kebingungan lah, ataupun dalam bahasa orang putih nyer confuse ler. hahaha. ye lah, sekarang ne banyak sangat hipokrit, and orang yang hipokrit ni pulak ramai orang suka. aku ne orang nyer jenis terus terang, aku tak suka sangat jadi hipokrit ni, bak kata orang jarang kontrol lah, mungkin sebab tu orang nampak aku jahat kan? sebenar nyer aku ni selalu pikir tentang kebahagiaan orang, tapi aku ni yang tak bahagia bahagia. hermmmmmm.
aku bukan nak berkira lah, aku ne dah banyak berkorban untuk kebahagiaan orang. aku tak kisah lah semua tu, tapi yang aku nak, terima kasih cukup lah.
biar lah orang pikir aku ni jahat ke apa ke. janji aku slumber je. hahahahaha.
aku nak cerita lah tentang orang yang suka menipu, kenapa orang ni suka menipu eh? sebenar nya orang yang menipu ne, adakalanya, dia pun tak nak menipu derrr, maybe sebab dia terdesak kot, ye lah tak boleh lah nak judge orang terus2 kan. aku ada satu kisah tentang orang yang menipu ni.
aku ada seorang kawan, yang suka menipu, bak kata orang, dalam hidup dia penuh dengan penipuan tau, tapi aku hairan, dia ne baik jer, betul2 baik. suka tolong orang apa lah ini lah.
alhamdulillah, aku tak pernah rasa aku kena tipu oleh dia ne.
one day, aku bertanya lah kepada si kawan ni, kenapa dia suka menipu.
dia menjawab, 'sebenarnya aku tak suka menipu ni.bahkan aku benci org yg besifat seperti aku ini.tapi itulah kerana terpaksa aku lakukn nya jua.walaupun ianya bertentangan dgn naluri ku"
aku tanya lah dia balik "dah kalau benci, tak usah lah menipu"
dia cakap, ini lah caranya untuk aku memikat perempuan ataupun selainnya.
aku pun hairan lah, tapi aku rasa betul jugak, sebab perempuan banyak suka dia, dalam hati aku,walau perbuatan nya salah , ntahlah aku tak dpt nak komen lagi ,cuma di hati aku bertanya, benar kah org sekarang terutama wanita lebih suka org yg bersikap penipu drpada orang yg jujur? aaku rasa tak! mungkin ini adalh hakikat manusia sekarang lebih suka kepada kebendaan dari segalanya. maksud aku tak suka akan kebanaran lah. dah lah nak tido bye.
Saturday, September 4, 2010
jika sampai pergi.


Monday, August 30, 2010
cerita kedai kopi.
Dalam kehidupan kita memang dikelilingi ramai kawan. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada beberapa orang je kawan yang akan bersama-sama time susah mahupun senang. Dan ada antaranya yang akan bersama kita time susah dan kemudian terus lupa. Dan ianya selalu terjadi apabila berada dalam kesusahan lebih-lebih lagi melibatkan kewangan, dan mulalah mencari kawan-kawan untuk meminjam duit. Ada yang lebih bangsat, bertahun-tahun tidak dengar khabar, tiba-tiba call bukan nak tanya khabar, tapi nak meminjam duit, Kalau tak pasal duit mesti ada hajat lain kan? memang taikkkkkkkk lah disitu. hahaha.
WAIT! HAPPY MERDEKA SEMUA! SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
okay sambung balik. ye lah kan, semenjak dua menjak ni, aku rasa sangat kehilangan kawan, tapi nasib ada lah segelintir kawan aku yang sanggup kawan sama aku.
herm, aku tak tahu apa teruk nya aku ni, Raya ni minta maaf lah. hahahaha.
tapi serious aku minta maaaf kat korang yang marah kat aku tu.
aku tengah minum milo ni, tenang jugak hati aku ni. orang selalu tengok aku macam takde masalaah, aku ne jenis suka senyum jer. tapi sakit jugak hati ni. hahahahah.
Thursday, August 26, 2010
bukak puase derr.





Hari ni 25th AUGUST, ada preview lantera raya buat kali ke dua bersama pelakon pelakon lantera raya aaaaaa, kat rumah dayah dan baby, best giler wokk, dapat cd satu sorang, hehehe. tu la, makanan dier sungguh menyelerakan, hehe, tak payah buffet buffet bayar mahal mahal, hahaha, apo la. hahahaha. ne gambar.kat atas ne ada gambors sikit.
Wednesday, August 25, 2010
Thursday, August 19, 2010
ingat.

Ingatlah.... marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan. ...
kepada semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.. ....
Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul, especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu.
Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org Brunei untuk praktikkan konsep 'time out' jika anak2 buat salah.
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...
'Siapa punya kerja ni?'
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan.. .
'Tak tahu... !'
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri pula.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata...
'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak bengkak. ..
'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.
'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap'
kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata...
'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
P/S :-
Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama...
Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda...
Bersyukurlah anda dikurniakan anak olah Allah...
Bagi yang masih belum mempunyai anak, mereka ini amat
menghargai kanak-kanak. Bagi anda yang mempunyai
anak curahkanlah kasih anda sepenuhnya kepada
mereka.
satu kisah.
then one day, his mom datang ke sekolah mengejut untuk menghantar makanan, budak ini punya lah malu. the next day kawan kawan nya bertanya 'mata mak kau ada satu eh?' dia malu giler dan tak tahu nak jawab apa.
balik jer kat rumah, si anak menjerit kat mak dia 'KALAU MAK NAK MALU KAN SAYA, BAIK LAH AWAK MATI!'
si ibu hanya berdiam diri.
si anak sangat marah kepada ibunya, lalu bernekad untuk belajar bersungguh sungguh dan berpindah ke tempat lain.
one day, ia berjaya dan berkahwin dan telah dikurniakan anak, lalu berpindah ke singapore.
dia bahagia, dia happy, dia selesa tanpa ibunya.
one day, setelah setahun tidak berjumpa dengan anaknya, si ibu ke singapore untuk berjumpa anak nya. setelah berjumpa, si anak bercakap 'berani kau datang sini dan menakut kan anak anak aku?'
maknya membalasi 'minta maaf mungkin saya salah alamat'
satu hari, ali diminta pulang kenegaranya untuk menghadiri sesi reunion sekolah rendah nya.
apabila dia kenegaranya, dia singgah kerumah lamanya dan mendapati rumahnya sunyi, jiran rumah memberitahu bahawa ibunya telah meninggal. si budak tidak sedih, tapi setelah membaca satu surat, dia begitu sedih dan menyesal, isi surat nya.
'mak pikir tentang kamu setiap masa, mak minta maaf sebab datang kerumah kami dan takut kan anak kamu, mak happy kamu datang ke reunion ini, tapi mungkin mak sudah tiada, mak minta maaf kalau selama mak membesarkan kamu, mak hanya memalukan kamu. kalau kamu nak tahu, masa kamu kecil, kamu pernah mengalami accident, and kau kehilangan matamu. tapi mak tidak sampai hati melihat kamu,lalu mak memberikan mata mak kepada kamu, mak gembira kamu boleh melihat'
SEDIH WOKK
Monday, August 16, 2010
Kawan Hai Kawan.
saya kembali kat blog ni lagi :) lai syadi, akak pernah baca benda2 yang ada kaitan dengan kawan ni. so, hari ni akak nak kongsi kat sini ye.


















